Penginapan Murah Berdekatan Lost World of Tambun

Assalamualaikum,

D’Tambun Homestay terletak tidak jauh dari Lost World of Tambun, sekaligus memberi lebih banyak ruang untuk mempunyai percutian yang menarik di Lost World of Tambun tetapi dalam masa yang sama mendapat tempat penginapan yang murah tetapi sangat selesa.

Ini amat bersesuaian terutamanya jika anda mempunyai rombongan makan angin yang ramai dan memerlukan tempat penginapan yang murah, selesa, strategik dan berbaloi. Dua penghawa dingin memastikan keselesaan anda, serta kelengkapan tiga bilik tidur memberi ruang kepada rombongan keluarga.

Berikut merupakan jarak dari D’Tambun Homestay ke Lost World of Tambun berdasarkan Google Map :

Selamat menginap di D’Tambun Homestay, wassalam.

Selamat Datang Ke IPOH D’Tambun Homestay

Assalamualaikum,

kepada para pengunjung yang dihormati, selamat datang ke laman web D’Tambun Homestay. Laman ini bertujuan bagi memudahkan para pelanggan untuk melihat sendiri kemudahan yang disediakan di homestay kami, kadar harga serta sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

Kami ingin menawarkan penginapan di kawasan Ipoh yang murah, mudah, budget serta menjimatkan namun masih memastikan keselesaan kepada para pelanggan yang datang menginap. Homestay ini terletak tidak jauh dari pusat bandar serta kawasan tumpuan pelancong, mempunyai 3 bilik, 2 bilik mandi dan 1 tandas. Terdapat juga 2 buah penghawa dingin untuk keselesaan pelanggan dengan harga yang sangat berpatutan.

Ruang porch yang besar boleh memuatkan sehingga 2 buah MPV pada satu-satu masa atau 4 buah kenderaan sekiranya bahagian pagar tidak ditutup. Ruang yang luas memastikan keselesaan setiap individu yang menginap. Bagi menjaga kemaslahatan umum, maka kami menerima pelanggan berdasarkan garis panduan di bawah :

  • Homestay ini ditawarkan untuk muslim sahaja tidak mengira bangsa.
  • Pasangan bukan muhrim tidak boleh menginap sama sekali.
  • Pasangan berkahwin diminta untuk membawa dokumen perkahwinan yang sah sekiranya memerlukan tujuan pengesahan dari pihak berkuasa.
  • Haiwan peliharaan tidak dibenarkan.
  • Makanan / Minumam haram seperti arak tidak dibenarkan sama sekali.
  • Sekiranya para pelanggan datang dalam trip bas, kami hanya menerima satu jantina sahaja dan menyarankan para pelanggan untuk mencari lebih awal sebuah lagi homestay bagi menempatkan satu lagi jantina.

Panduan lain akan diberitahu dari semasa ke semasa, para pelanggan disarankan bertanya kepada pihak kami terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Semoga usaha ini mendapat rahmat Allah. Selamat menginap di homestay kami, wassalam.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.