Selamat Datang Ke IPOH D’Tambun Homestay

Assalamualaikum,

kepada para pengunjung yang dihormati, selamat datang ke laman web D’Tambun Homestay. Laman ini bertujuan bagi memudahkan para pelanggan untuk melihat sendiri kemudahan yang disediakan di homestay kami, kadar harga serta sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

Kami ingin menawarkan penginapan di kawasan Ipoh yang murah, mudah, budget serta menjimatkan namun masih memastikan keselesaan kepada para pelanggan yang datang menginap. Homestay ini terletak tidak jauh dari pusat bandar serta kawasan tumpuan pelancong, mempunyai 3 bilik, 2 bilik mandi dan 1 tandas. Terdapat juga 2 buah penghawa dingin untuk keselesaan pelanggan dengan harga yang sangat berpatutan.

Ruang porch yang besar boleh memuatkan sehingga 2 buah MPV pada satu-satu masa atau 4 buah kenderaan sekiranya bahagian pagar tidak ditutup. Ruang yang luas memastikan keselesaan setiap individu yang menginap. Bagi menjaga kemaslahatan umum, maka kami menerima pelanggan berdasarkan garis panduan di bawah :

  • Homestay ini ditawarkan untuk muslim sahaja tidak mengira bangsa.
  • Pasangan bukan muhrim tidak boleh menginap sama sekali.
  • Pasangan berkahwin diminta untuk membawa dokumen perkahwinan yang sah sekiranya memerlukan tujuan pengesahan dari pihak berkuasa.
  • Haiwan peliharaan tidak dibenarkan.
  • Makanan / Minumam haram seperti arak tidak dibenarkan sama sekali.
  • Sekiranya para pelanggan datang dalam trip bas, kami hanya menerima satu jantina sahaja dan menyarankan para pelanggan untuk mencari lebih awal sebuah lagi homestay bagi menempatkan satu lagi jantina.

Panduan lain akan diberitahu dari semasa ke semasa, para pelanggan disarankan bertanya kepada pihak kami terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Semoga usaha ini mendapat rahmat Allah. Selamat menginap di homestay kami, wassalam.

About IPOH HOMESTAY dtambun

Menyediakan penginapan murah dan selesa bagi pengunjung muslim yang ingin menginap di Ipoh

Posted on Jun 10, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: